Menghidu ‘tanda amaran’ bakal ditipu - Utusan Malaysia

Menghidu ‘tanda amaran’ bakal ditipu

Nadiah Suki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Scam atau penipuan secara dalam talian bukan lagi sesuatu yang baharu namun ia kembali hangat sejak kebelakangan ini apabila semakin ramai yang menjadi mangsa jenayah berkenaan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan lebih 71,000 kes jenayah komersial antara 2020 hingga Mei lalu.

Sebanyak 68 peratus daripadanya berpunca daripada penipuan dalam talian, melibatkan kerugian lebih daripada RM5.2 billion.

Pensyarah Kanan School of Business, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Nadiah Suki memberi tanda amaran perlu diberi perhatian bagi mengelakkan menjadi mangsa:

* Alamat emel meragukan, menawarkan ganjaran keuntungan segera atau berganda atau kemenangan cabutan bertuah.

* Pemanggil menelefon melalui telefon bimbit mendakwa dirinya wakil pihak berwajib atau syarikat atau ejen penghantaran barang.

* Mesej atau pesanan dari mesej pesanan ringkas yang menyarankan anda muat turun aplikasi tanpa melalui Play Store atau App Store.

* Aplikasi meminta kebenaran membaca dan menghantar mesej bagi pihak pemilik.

* Panggilan rawak dengan ucapan tahniah kepada anda sebagai pemenang pertandingan yang anda tidak pernah sertai.

* Pemanggil yang memerlukan pemilik memberi pengesahan data peribadi seperti alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan kadangkala nombor akaun, nombor kad kredit beserta CVV (3 digit di belakang kad debit atau kredit) atau nombor EPF.

Berhati-hati bila:
1. Menerima emel dari pihak yang mengaku sebagai pihak bank, polis LHDN atau mahkamah. Pertama sekali semak alamat emel tersebut. Jika kelihatan pelik dan tidak berakhir dengan .gov.my atau .com.my abaikan sahaja.

2.Abaikan emel yang meminta nama pengguna dan kata laluan kerana pihak bank atau pihak berwajib tidak akan meminta pengesahan atau kata laluan akaun peribadi.

3. Bank atau pihak berwajib tidak akan menghubungi menggunakan nombor telefon peribadi melainkan jika telah diberitahu terlebih dahulu melalui writ saman atau surat-menyurat.

4. Sekiranya menerima pekej yang belum dibayar (COD), beritahu penghantar untuk menunggu hingga pengesahan maklumat penerima sebenar atau sekiranya digesa untuk mengambil barang tersebut, minta penghantar pergi dahulu dan kembali kemudian untuk menghantar kepada pemilik nama.

5. Berhati-hati dengan individu yang tiba-tiba ingin mendekati (love scam).

6. Simpan maklumat tentang transaksi perbankan dalam fail yang selamat.

7. Jika menerima tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, siasat lebih lanjut tentang syarikat tersebut sebelum melabur. Contohnya, senarai syarikat pelaburan berdaftar di Malaysia boleh didapati dari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN