Kepelbagaian jenis fesyen fotografi - Utusan Malaysia

Kepelbagaian jenis fesyen fotografi

Fotografi fesyen adalah industri yang sangat eksklusif dan berdaya saing dalam pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Fotografi fesyen adalah industri yang sangat eksklusif dan berdaya saing dalam pasaran. Untuk masuk ke dalam bidang ini, ia memerlukan dedikasi, komitmen, kerja keras dan masa. Tiada rahsia atau jalan pintas, ia suatu perjalanan yang sukar dan anda mesti bersedia untuk menempuh perjalanannya yang mencabar.

Tugas Jurufoto fesyen adalah mengambil gambar pakaian, aksesori, gaya rambut dan solekan terkini. Mereka bertanggungjawab ke atas tetapan cara pakaian dipersembahkan dalam kempen pengiklanan, katalog dan majalah fesyen.

Terdapat beberapa jenis fotografi fesyen iaitu fotografi fesyen katalog, fotografi fesyen tinggi, fotografi fesyen jalanan dan fotografi fesyen editorial. Fotografi katalog fesyen adalah sejenis fotografi produk.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan barangan fesyen dengan jelas dan menarik supaya orang ramai dapat mengetahui penampilan dan kesesuaian mereka sebelum membeli.

Biasanya penggambaran akan dilakukan di studio dengan latar belakang neutral.

Manakala fotografi fesyen tinggi adalah mengenai keterlaluan dan mencipta rupa yang lebih berprestij menggunakan pakaian, solekan dan penggayaan rambut.

Semuanya disatukan dalam satu gambar untuk mencipta elemen dramatik.

Fotografi fesyen jalanan adalah paling rumit tetapi pada masa yang sama ia adalah salah satu genre yang paling menarik. Ini semua tentang dunia sebenar apa yang orang pakai dalam kehidupan seharian mereka.

Fotografi fesyen jalanan memfokuskan pada orang dan tingkah laku mereka dikhalayak ramai serta mengambil gambar mereka di jalanan. Anda tidak perlu merancang terlebih dahulu apa yang hendak diambil, anda sentiasa boleh menemui banyak subjek menarik di jalanan.

Fotografi editorial pula, boleh bercerita tanpa teks. Sebagai contoh editorial fesyen dalam majalah boleh menjadi spread berbilang halaman yang menggambarkan tema tanpa perkataan.

Namun kali ini fokus lebih kepada fotografi fesyen studio. Fotografi fesyen di studio juga tidak kurang rumit dan mencabar. Setiap sesi, menggunakan pelbagai latar belakang mengikut genre berbeza.

Ini termasuk latar belakang monokromatik ringkas untuk tangkapan potret dan latar belakang kompleks yang mensimulasikan pemandangan luar, seperti pantai atau jalan sibuk untuk menjadikannya kelihatan seperti berada di lokasi sebenar.

Susunan dan tetapan pada kamera dan pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan gambar dihasilkan adalah berkualiti atau tidak dan menepati selera terutama pada pelanggan kita.

Menjadi jurufoto fesyen berkaliber, anda perlu memiliki sudut pandangan mata yang baik dan berseni, berkeupayaan menentukan mood tertentu dan memiliki perincian artistik yang luar biasa.

Pada masa sama perlu ada pengetahuan dalam penyuntingan foto serta berkemahiran dalam komunikasi yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×