Bunga segar penyeri ruang - Utusan Malaysia

Bunga segar penyeri ruang

JAMBANGAN bunga segar beri efek ‘hidup’ pada sesuatu ruang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seni penataan dalaman ruang kediaman menggunakan bunga-bungaan bukan lagi sesuatu yang asing. Tambahan pula, pelbagai konsep telah turut diperkenalkan dan direka mengikut trend semasa.

Penataan jambangan bunga segar mungkin adalah pilihan yang terbaik untuk hiasan dalaman sesebuah kediaman kerana ia bukan sahaja mampu memberikan efek ‘hidup’ malah ruangan akan dipenuhi haruman semula jadi bungaan segar.

Jika kena dengan susun atur dan padanan warna, ia boleh kelihatan seakan digubah oleh professional.

Minggu ini Seri kongsikan idea meng­gubah jambangan bunga yang terlaris daripada kedai bunga dalam talian, Bloomthis iaitu Marilyn Gerbera.

Bahan-bahan

* Kotak bunga
* Span basah
* Bunga mawar merah jambu
* Bunga Daisy
* Bunga Ping Pong
* Daun teh

Cara-cara

* Basahkan span.
* Setelah span mengering, masukkan ke dalam kotak.
* Susun bunga mawarterlebih dahulu secara berselang-seli.
* Potong bunga ping pong sedikit pendek dan letakkan di bahagian tengah dan tepi.
* Penuhkan bunga daisy di bahagian hadapan.
* Akhir sekali, isi bahagian yang masih kosong dengan daun teh untuk beri efek hijau dan segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×