KETIAK gelap atau kelihatan hitam bukanlah sesuatu petanda serius, tetapi bagi sesetengah orang ia memalukan terutamanya apabila memakai pakaian menampakkan bahagian bawah lengan itu. Kawasan gelap pada bahagian ketiak selalunya disebabkan oleh keadaan kulit dipanggil acanthosis nigricans (AN) iaitu penyakit pigmentasi. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan gelap di sekitar lipatan kulit, khususnya ketiak, celah paha dan leher. Situasi berkenaan adalah normal dan semula jadi justeru ia tidak bermaksud kotor…










