PETALING JAYA: Malaysia menyeru semua pihak supaya menurunkan ketegangan serta menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga dibincangkan dalam perbualannya dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan. Katanya, menerusi panggilan telefon itu beliau dan Erdogan saling bertukar pandangan mengenai perkembangan yang semakin meruncing di Asia Barat susulan siri serangan yang menggugat kestabilan rantau tersebut. Beliau menegaskan pendekatan…










