PEMAIN bola sepak belia jadi bidan terjun dunia seni lakon? Apa yang anda lihat dan baca tidak salah. Formula itu digunapakai oleh produksi filem Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn. Bhd. yang meneruskan legasi penghasilan filem tempatan berkonsepkan kesukanan. Memusatkan kepada sukan bola sepak sebagai latar penceritaan, filem arahan Areel Abu Bakar ini menyaksikan penglibatan pemain belia Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari sebagai pelakon, mewakili kesebelasan utama…