Terus lahirkan profesional fotografi - Utusan Malaysia

Terus lahirkan profesional fotografi

Pelajar Diploma Fotografi UNISEL kumpulan DP39 bersama tenaga pengajar mereka. – Utusan/Shahril Azman Mohd. Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu lepas saya berkesempatan ke Visual Art Exhibition Showcase (VEX 2022) di Galeri VAD, Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) bagi melihat sendiri hasil kerja pelajar tahun akhir bagi pengajian Diploma Teknologi Fotografi (kumpulan DP39).

Unisel berjaya menghasilkan sebanyak 450 lepasan pelajar fotografi bagi mengisi permintaan tenaga kerja profesional fotografi.

Seramai 11 pelajar akhir perlu menghasilkan empat tugasan di bawah subjek Pengiklanan, Fesyen, Foto Kewartawanan dan Seni Halus Fotografi.

Di samping itu pada pertengahan Julai pelajar melakukan selaman skuba di bawah selian pensyarah mereka, Nazrul Azha Abu Hasan bagi menghasilkan gambar dalam air (underwater photography) di Pulau Tenggol, Terengganu. Pelajar perlu memilih hasil bidikan terbaik untuk dipamerkan pada pameran akhir mereka.

Menurut Ketua Jabatan Seni Visual UNISEL, Nur Shazleen Md. Yusof, Diploma Teknologi Fotografi di UNISEL adalah antara universiti yang masih mewajibkan pelajar mempelajari dan memproses penghasilan gambar hitam putih secara asas.

Pelajar didedahkan dengan kemahiran menghasilkan gambar secara analog dan memproses mengikut urutan sehingga menghasilkan gambar hitam putih.

Salah seorang pelajarnya, Ahmad Asyraf gembira dan terharu berjaya menamatkan tugasan yang diberi. Dia cenderung menghasilkan gambar kewartawanan foto kerana sukakan cabaran bertugas di lapangan.

Bagi Nurul Syazwina pula, dia menghadapi cabaran dari segi kewangan dan masa bagi menghasilkan tugasan akhirnya.

Bagaimanapun dia berbangga dapat melakukan setiap tugasan seperti yang diharapkan tenaga pengajar.

Hasil karya pelajar dinilai oleh pensyarah dan daripada penilai luar iaitu Zainal Abdul Halim, bekas jurufoto agensi berpengalaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN