Lima keindahan di Setiu Wetlands - Utusan Malaysia

Lima keindahan di Setiu Wetlands

Pelantar kawasan paya bakau membolehkan anda mengetahui pelbagai maklumat berkaitan khazanah alam menerusi papan tanda tersedia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terengganu merupakan lokasi pilihan untuk dilawati. Saban tahun negeri Darul Iman menerima jutaan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Tarikan yang ditawarkan di negeri itu memenuhi keiinginan setiap genap lapisan masyarakat seperti pulau, pantai, tasik, air terjun dan lain-lain.

Salah satu keunikan penting yang terletak di negeri cantik itu ialah ekosistem tanah lembap setiu atau Setiu Wetlands.

Terletak kira-kira 70 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu, lokasi berkeluasan 23,000 hektar itu merupakan satu-satunya tanah bencah yang mempunyai sembilan ekosistem berbeza yang berada dalam satu kawasan iaitu Rimba Pesisir Air, Rimba Paya Bakau, Pulau, Sungai, Muara Sungai, lagun, laut, pesisir pantai dan Kawasan berlumpur.

Ekosistem berperanan sebagai lokasi habitat semulajadi bagi beberapa spesis penting yang saling berkait.

Antaranya pembiakan tuntung, beberapa spesis burung, rama-rama, reptilia dan lain-lain. Berikut antara aktiviti boleh dilakukan di sini:

1. Menyusuri Sungai Setiu
Salah satu aktiviti yang menarik untuk anda cuba adalah menaiki bot menyusuri sungai Setiu.

2. Mencari kerangan
Aktiviti mencari kepah dan lokan merupakan aktiviti luar biasa dan seronok kalau dilakukan secara beramai-ramai. Lepas kutip boleh makan bersama ahli keluarga.

3. Nikmati suara alam di Setiu Boardwalk
Pelantar kawasan paya bakau membolehkan anda mengetahui pelbagai maklumat berkaitan khazanah alam menerusi papan tanda tersedia. Anda berpeluang melihat ikan belacak, ketam dan orkid liar di sekitar Boardwalk ini. Boleh juga merakam gambar kenangan di sini.

4. Merasai madu kelulut
Penempatan sebanyak 15 sarang kelulut di plot Taman Kelulut Rumah Tokki,Pangkalan Gelap, Setiu melalui suntikan dana Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Projek itu mula menunjukkan hasil apabila setiap plot sarang kelulut berjaya mengeluarkan madu sebanyak purata 500 gram setiap bulan. Ia berkembang dengan penambahan 50 sarang kelulut dan menarik minat 20 buah keluarga sekitar Pengkalan Gelap untuk turut serta dalam mengusahakan ternakan kelulut.

5. Dekati budaya Terengganu
Di Rumah Tok ini, anda boleh menginap untuk merasai kehidupan sebagai masyarakat kampung dengan berpeluang menyertai aktiviti membuat barangan kraftangan seperti bakul dan tikar, demonstrasi memasak makanan tradisional Terengganu seperti satar dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN