Konsert Panorama Jingga: 144 Hijrah imbau kegemilangan 80 an. - Utusan Malaysia

Konsert Panorama Jingga: 144 Hijrah imbau kegemilangan 80 an.

Kembara beraksi tanpa henti selama tiga jam dihadapan 2,600 peminat yang hadir menyaksikan konsert berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kali terakhir beraksi di Istana Budaya sembilan tahun lalu, kumpulan legenda, Kembara mengubati rindu peminat menerusi Konsert Panorama Jingga: 144 Hijrah yang berlangsung di Planery Hall KLCC, semalam.

Menggabungkan kehebatan Datuk M. Nasir selaku vokalis, Zoul (vokal, gitar utama), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md. Shah Othman (keyboard), konsert istimewa itu berjaya membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan Kumpulan itu menerusi persembahan mantap dan bertenaga.

Bermula pukul 8.30 malam, Kembara beraksi tanpa henti selama tiga jam dihadapan 2,600 peminat yang hadir menyaksikan konsert tersebut.

M. Nasir pada sesi selingan berkata, konsert itu didedikasikan untuk kegemilangan era 80 an.

“Macam-macam yang berlaku pada tahun 80 an. Apa yang kita ingat pada tahun 80 an?

“Bas mini? Jaket blues? Putar Alam atau muzik raggae? Kita nyanyi lagu raggae,” katanya.

Sebanyak 30 lagu dipersembahkan. Antaranya seperti Panorama Jingga, Duit, Rozita, Bunga Bakawali dan Gadis Berpurdah Hitam.

Konsert Panorama Jingga: 144 Hijrah diserikan dengan segmen penghormatan untuk bekas ahli kumpulan Kembara, Allahyarham Hamdan Atan atau lebih dikenali sebagai A. Ali menerusi rangkaian lagu medley seperti Ada Sepasang Mata, Di Perhentian Pudu Raya, Impian Seorang Nelayan dan Kiambang.

Pelakon dan penyair, Mohd. Supyan Abdul Rahman atau Pyan Habib turut membuat kemunculan dengan mengalunkan puisi pada konsert berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN