KEMURUNGAN atau depression biasanya disebabkan oleh gabungan tekanan daripada peristiwa-peristiwa hidup dahulu (kisah lampau), perkara semasa (pandemik) dan peristiwa yang berlaku secara berpanjangan dan berterusan seperti kehilangan sumber pendapatan, terperangkap dalam hubungan toksik, tekanan di tempat kerja dan pengasingan atau isolation. Individu lebih berisiko mengalami kemurungan jika mereka mempunyai ahli keluarga yang mengalami kemurungan, personaliti neurotik iaitu senang risau, keyakinan diri yang rendah dan mempunyai penyakit kronik serta penyalahgunaan dadah…










