Busana tradisional Jepun dengan elemen batik - Utusan Malaysia

Busana tradisional Jepun dengan elemen batik

KIMONO dan yukata diberi sentuhan pop menggunakan elemen batik Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAMERAN Art of Kimono atau Seni Kimono menampilkan lebih daripada 100 helai kimono Jepun, yukata dan pakaian tradisional yang menggabungkan unsur budaya pop dan elemen batik Malaysia.

Ia bagi meraikan ulang tahun Tokyo Street yang ke-11 berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang, ibu kota baru-baru ini.

Ramai pengunjung dilihat mengambil kesempatan menyewa kimono atau yukata di Kuma Yukata untuk bergambar di Nakamise di tanglung Asakusa ikonik mewakili Tanglung Kaminarimon di Kuil Senso-ji, Jepun yang terkenal di Tokyo Street.

Selain dapat mencuci mata dengan keindahan busana tradisional kimono dipamerkan, pengunjung turut dapat melihat pelbagai perkakas dapur seperti pinggan mangkuk buatan tangan dan aksesori produk penjagaan tubuh.

Bengkel kebudayaan Jepun seperti pembuatan kain tradisional Jepun, cara membuat aksesori fabrik tradisional dan fesyen Lolita serta cara menggunakan Furoshiki dan permainan Katanuki tradisional Jepun turut dianjurkan.

Bagi yang ingin mencuba pengalaman disolek bagai Lolita atau mencuba Yukata (kimono musim panas), anda berpeluang menikmatinya di sini sambil merakam kenangan dengan bergambar di Centre Court atau Tokyo Street.

Sehingga 26 Ogos ini, pengunjung berpeluang menikmati masakan Jepun seperti bento sushi, Yatai Ramen dan teh hijau di pop-up booth di tingkat enam pusat beli-belah ini.

Peminat komik tidak pulang kehampaan, apabila komik dan koleksi anime edisi terhad, pakaian cosplay, pertandingan tarian dan persembahan muzik turut memeriahkan acara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×