LAPORAN dan pendedahan dibuat tentang ketirisan dan penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat kita menunjukkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat terjejas teruk angkara rasuah dan salah guna kuasa. Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan cabaran yang cukup getir untuk memulihkan ekonomi dan membangunkan rakyat, sepatutnya tidak boleh ada ruang untuk rasuah menjejaskan proses tersebut. Cukup menyedihkan apabila setiap hari ada sahaja laporan salah guna kuasa dan rasuah terpampang di dada akhbar…









