Tik Tok, platform individu yang mahu berkongsi cerita dan kisah seharian. Melaluinya juga ramai pencipta kandungan dikenali. Antaranya wanita berbangsa India bernama Satthiya Kandi.
Bagi pengguna dan pengikut akaun TikTok @SatthiyaKandi pasti akan terhibur dengan konten berbentuk komedi dan lawak jenaka dimuatnaiknya.Penyampaian bersahaja dalam bahasa Melayu itu bukan sahaja mampu membuat kita ketawa namun ada antara konten tersebut mempunyai maksud yang tersirat.
Apa yang menarik mengenai diri anda? Boleh kongsikan.
Saya merupakan seorang wanita India yang suka menghiburkan semua lapisan masyarakat melalui video, tak kira dalam bahasa apa pun. Saya juga fasih bertutur dalam Bahasa Cina.
Sejak bila berkongsi mengenai diri dan aktiviti di media sosial? Kenapa melakukannya?
Pada tahun 2020 saya aktif untuk buat konten lawak dalam versi Tamil.
Pada tahun 2021 pula, saya mula buat konten versi Bahasa Melayu. Saya buat konten lawak nak penonton video saya melupakan perkara yang tak best dalam hidup mereka dan ketawa.
Apakah identiti diri anda dan anda mahu dikenali sebagai apa?
Saya mahu dikenali sebagai seorang rakyat Malaysia yang mampu buat sesiapa sahaja ketawa.
Apa jenis konten dan kenapa buat konten tersebut? View paling ramai berapa?
Konten berbentuk komedi mampu menghiburkan followers saya. View paling ramai setakat ini adalah 4.6 juta.
Bagaimana peranan anda dapat membantu keluarga Malaysia menjadi lebih baik?
Peranan saya simple, saya harap semua rakyat Malaysia akan sentiasa dalam keadaan gembira apabila mereka tengok konten saya.
Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak menjadi TikToker?
Apabila ada yang boleh kenal atau cam saya di tempat awam. Ada juga yang kata video dan konten saya memberikan semangat kepada mereka. Pengalaman ini turut membuka ruang untuk saya berlakon dalam sitkom dan drama.
Apa reaksi dan tindakan anda apabila anda yang memberi komen negatif setiap kali anda post konten di TikTok?
Kita tak dapat nak elak komen negatif. Walaupun ia akan memberi sedikit kesan kepada saya, namun saya akan mengingatkan diri bahawa bukan semua orang yang akan sukakan saya atau konten saya. Asalkan saya teruskan konten yang berkualiti dan yang tidak menyinggung perasaan sesiapa, it’s okay.
Setujukah kalau saya katakan Tiktoker membantu pembangunan masyarakat? Kalau bersetuju, bagaimana caranya?
Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar daripada konten Tik Tok. Saya pernah belajar masak melalui konten sebegitu. Ada juga yang ajar cara cara untuk bersenam dan sebagainya. Kita sebagai pengguna media sosial kenalah bijak memilih konten, dan sebagai Tik Toker perlu lebih bertanggungjawab dalam perkongsian konten.
Sejauhmana menjadi influencer mengubah diri dan kehidupan anda?
Saya dapat lebih banyak peluang untuk menerokai bakat berlakon dan juga peluang untuk berinteraksi dengan lebih ramai netizen. Saya menghargai peluang dan sokongan diperolehi melalui platform media sosial ini.










