Reen Rahim enggan ulas hal privasi - Utusan Malaysia

Reen Rahim enggan ulas hal privasi

Reen giat mengusahakan produk kesihatan dan kecantikan langsing jenama sendiri, Pishang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mac lalu pelakon cantik ini terbang ke tanah suci Mekah, bersama-sama orang tuanya.

Selesai menunaikan umrah dan pulang ke Malaysia, majoriti netizen dan pengikut pelakon Reen Rahim di media sosial melayangkan persoalan tentang kewajipan menutup aurat.

Ketika dihubungi untuk mengulas mengenai perkara tersebut, Reen hanya memohon semoga didoakan yang baik-baik sahaja.

Keterbukaan hati untuk menunaikan ibadah mulia harus dipuji lantaran tidak lokek berbelanja untuk menggembirakan hati kedua ibu bapanya.

Memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya ketika berada di tanah suci, penampilan Reen atau nama penuhnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, tampak sopan dan manis sekali.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Reen sedang giat mengusahakan perniagaan terbaharu dengan menjual produk kesihatan dan kecantikan langsing jenama sendiri, Pishang.

“Alhamdulillah lahir lagi satu baby saya iaitu Pishang. Kalau sebelum ini lebih kepada produk kebersihan diri, kini lebih kurang sama tapi lebih kepada langsing.

“Tapi bukan itu sahaja, ia mampu melawaskan sistem pencernaan, mengawal selera makan dan banyak lagi faedah lain,” kongsinya dengan nada teruja.

Karier lakonan
Berikutan rancak menguruskan bisnes tersebut, Reen kini sedang berehat selama dua bulan bermula Mai lalu.

Namun itu tidak bermakna dia melepaskan karier lakonannya, malah pada bulan Ogos depan Reen akan memasuki set penggambaran filem arahan Prof. Datuk Dr. A. Razak Mohaideen, Istana Setan.

“Alhamdulillah dari dulu rezeki tidak pernah putus. Tapi bila sudah sampai ke hari ini saya kena kongsikan apa yang saya buat.

“Saya sahut cabaran sibuk dengan karier berbeza, tetapi saya minat. Itu yang membuatkan saya sentiasa berusaha dan gembira dalam berlakon dan berbisnes.

“Akhirnya saya sudah jumpa apa yang saya betul-betul boleh lakukan,” kongsinya.

Saksikan lakonan Reen menerusi saluran Awesome TV, drama Lara Impian gandingan bersama hero Fikry Ibrahim.

Reen akan turut terlibat dalam penggambaran Sitkom untuk saluran RTM dalam Apartment Putra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN