Perkemas hayunan di Golf Lab

Perkemas hayunan di Golf Lab

golf lab
YUSRAD MJ menjelaskan syarikat menawarkan servis membantu pemain menaiktaraf permainan dalam memberi keselesaan serta meningkatkan keseronokan sewaktu beraksi di padang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat dan negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, ramai pemain baharu mula mencungkil bakat dalam sukan golf.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, banyak pemain muda mula berjinak-jinak dalam sukan golf tetapi tidak mengambil tahu tentang asas dan bagaimana menaikkan perasaan teruja semasa bermain sukan tersebut.

Golf Lab hadir menyuntik asas kepada pemain golf tanpa mengira usia dengan menawarkan servis coaching dan fitting untuk pemain.

Pengarahnya, Yusrad MJ berkata, syarikatnya menawarkan servis membantu pemain menaiktaraf permainan mereka dalam memberi keselesaan serta meningkatkan keseronokan sewaktu beraksi di padang.
Katanya servis berkenaan ialah studio simulator dan TrackMan.

“Studio kami dilengkangkapi tiga bahagian dinamakan sebagai putting, chipping dan TrackMan yang setiap satu menggunakan teknologi canggih untuk membantu pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

TrackMan ialah sistem radar yang membaca data kayu dan bola golf mengikut kekerapan perubahan gelombang mikro yang dipantulkan dari dua alat sukan tersebut semasa menjalani proses simulator.

Ini membolehkan teknologi tersebut merekod data kritikal, termasuk laluan dan kelajuan kayu golf, sudut ayunan dan sebagainya, data-data tersebut akan diambil untuk mencari kayu golf yang sesuai dan memaksimumkan kebolehan pemain.

DITERIMA RAMAI

Mengenai penerimaan pemain terhadap servis ditawarkan, Yusrad berkata, disebabkan stigma ‘sukan golf untuk golongan elit’, ada yang berasa sangsi masuk ke kedai mereka.

Namun tegasnya, sukan golf adalah permainan umum.

“Apabila pemain baharu nampak kedai yang menawarkan servis seperti kami, mereka takut hendak masuk. Sedangkan kami memang mahu mereka datang dan merasai pengalaman seolah-olah berada di driving range.

“Bagi yang sudah mencuba anda pasti dapat membezakan pengalaman itu kerana dalam studio ada visual dan data yang membolehkan mereka melihat analisis mereka,” ujarnya. Data diperolehi daripada latihan membolehkan pemain mendapatkan custom fit. Kira-kira 92 peratus pemain menggunakan kayu diubahsuai khas untuk pemain menunjukkan penambahbaikan dengan 80 peratus menggunakan custom fit dapat memukul bola dengan lebih tepat dan konsisten. Istimewa pembaca akhbar Utusan Malaysia bawa keratan akhbar ini bagi mendapatkan satu jam sesi pembelajaran percuma. – UM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×