Mendalami seni kraftangan negara di IKN - Utusan Malaysia

Mendalami seni kraftangan negara di IKN

DUA kampus baharu dibuka bagi memenuhi minat anak muda terhadap seni kraftangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kraftangan Malaysia, mempelawa belia 18 hingga 35 tahun mengikuti program pengajian dalam bidang seni kraf di Institut Kraf Negara (IKN).

Ada program Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta akademik dalam bidang batik, tenunan, kayu, logam, seramik dan rotan.

Selain daripada kampus utama di Rawang, IKN turut membuka dua lagi kampus baharu iaitu Kampus Satelit Sabah di Inanam dan Kota Belud serta Kampus Satelit Sarawak di Kuching dan Betong, Sarawak.

Pelbagai kemudahan untuk pelajar disediakan antaranya kemudahan asrama, alatan dan bahan bengkel disediakan, elaun sara hidup bulanan, makan dan minum serta insuran perlindungan kepada para pelajar.

Program pengajian di IKN mendapat pengiktirafan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ditauliah sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Pengiktirafan ini menjadi penanda aras bahawa kualiti program pengajian di IKN setara dengan institusi pengajian tinggi awam lain di Malaysia.

Sejak 2001 hingga kini IIKN berjaya melahirkan 2,810 graduan terlatih dan berkemahiran tinggi.

Dalam memastikan kemahiran diterapkan kepada pelajar sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa, IKN turut mengemaskini sistem kurikulum secara berkala.

Perubahan ini perlu dilakukan bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar agar setara dengan standard pusat-pusat pengajian tinggi yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN