Benarlah kata orang, masa bercinta sehinggalah membawa kepada awal perkahwinan semuanya manis dan indah-indah sahaja. Tidak nampak kekurangan, segalanya baik-baik. Namun begitu rasa cinta yang memuncak itu memudar sedikit demi sedikit, apabila keperibadian sebenar masing-masing tidak dapat disembunyikan. Ini termasuk kegagalan pasangan membahagikan waktu dengan baik selepas berumahtangga, isu kewangan, masalah seksual dan sebagainya. Situasi ini dengan mudah mengubah perasaan sayang kepada kebencian dan rasa kecewa. Kegagalan menguruskan kekecewaan menyebabkan…










