Wanita berisiko dua kali ganda alami batu hempedu

Wanita berisiko dua kali ganda alami batu hempedu

wanita
Mohd. Fahmey Sabudin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSLINA (bukan nama sebenar) sering   berdepan masalah sakit perut pada sebelah kanan badan di bawah tulang rusuknya. Situasi ini sering berlaku selepas makan. Mulanya, beliau berpendapat, kesakitan tersebut adalah gastrik, lalu mengatasinya dengan mengambil ubat cecair yang berfungsi merawat pedih ulu hati, refluks gastrik dan sakit perut. Namun sakit menjadi teruk dan abdomen Roslina bagaikan ‘dicucuk-cucuk’.

Bimbang melarat beliau segera merujuk ke hospital dan menjalani ujian ultrabunyi. Hasil pemeriksaan mendapati, buah pinggang dan perutnya baik, namun sebaliknya bagi pundi hempedunya.

Pakar Bedah A & Hepatobiliari, Hospital Pantai Sungai Petani, Kedah, Dr. Mohd Fahmey Sabudin berkata, statistik mendapati sembilan peratus wanita di Amerika Syarikat menghidap penyakit itu berbanding enam peratus lelaki dengan kumpulan usia 30 tahun ke atas.

Mengikut DoctorOnCall, satu kajian mendapati, seramai 18 peratus daripada kalangan wanita menderita penyakit berkenaan berbanding 9.5 peratus lelaki.

“Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki kerana mempunyai jumlah hormon estrogen berlebihan.

“Wanita hamil juga antara berisiko tinggi mengalami batu karang di dalam hempedu,” katanya.

Pundi hempedu merupakan organ berbentuk seperti kantung yang terletak di bawah hati dan ia berfungsi menyimpan jus hempedu.

Jus tersebut akan mengalir ke dalam saluran hempedu dan disimpan dalam kantung sementara waktu sebelum dilepaskan ke usus kecil (duodenum) ketika kita makan.

Selain wanita, golongan berisiko mendapat batu hempedu ialah sejarah keluarga mempunyai batu hempedu, obesiti, kolesterol tinggi, umur lebih 40 tahun, diabetes, kurang bersenam, sesetengah ubat dan sesetengah masalah kesihatan yang kronik seperti Thalassemia, Crohn, cirrhosis dan sebagainya.

Ada dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya batu karang di dalam pundi hempedu.

“Pertama, ketidak stabilan komposisi larutan jus hempedu di dalam pundi menyebabkan mendakan batu hempedu. Selain itu, pundi hempedu tidak berfungsi seperti normal samada permukaan atau kontratiliti (mengecutan) semasa melepaskan jus hempedu ke dalam usus kecil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Batu hempedu hadir dalam perbagai bentuk dan warna bergantung kepada punca batu hempedu terjadi.

Umumnya ada tiga jenis batu. Batu kolesterol berwarna kuning dan bersegi mungkin yang paling kerap dijumpai, batu berwarna hitam batu pesakit cirrhosis dan masalah darah yang kronik seperti Talasemia dan batu lembut berwarna coklat disebabkan jangkitan jus hempedu yang sering dijumpai dalam kalangan pesakit batu hempedu yang kronik,” ujarnya.

TIADA GEJALA
Kebanyakan pesakit tidak mempunyai gejala langsung tetapi apabila pesakit mula mengalami simptom, ianya adalah petanda pesakit berisiko tinggi akan mengalami komplikasi akibat dari batu hempedu ini.

Antara simptom ialah sakit pada hulu hati dan perut sebelah kanan terutama selepas makan yang sering disalah label sebagai ‘gastrik’.

“Sakit ini sering selepas makan dan berlanjutan selama beberapa jam. Batu hempedu boleh menyebabkan radang pundi hempedu menyebabkan pesakit demam, sakit perut, muntah dan hilang selera makan,” katanya.

Dr. Mohd Fahmey berkata, komplikasi lain ialah batu boleh jatuh ke saluran hempedu seterusnya meyebabkan pesakit menjadi kuning (jaundice) seterusnya menyebabkan janglitan kuman.
Ia juga boleh menyebabkan radang pancreas.

Sekiranya pesakit mulai mengalami simptom sedemikian rupa, ia bermakna individu berkenaan berada dalam keadaan berisiko tinggi dan perlu segera berjumpa doktor kerana batu karang boleh menyebabkan radang pada hempedu sehingga mengakibatkan demam, sakit perut, muntah dan hilang selera makan.

RAWATAN DIPERLUKAN
Lazimnya pesakit disaran menjalani laparoskopik untuk membuang pundi hempedu.

Doktor juga sukar menentukan sama ada masalah batu hempedu berlaku kerana ketidakstabilan komhempposisi cecair hempedu atau fungsi pundi hempedu tidak normal atau kedua-duanya sekali.

“Rawatan mengeluarkan batu hempedu semata-mata kurang berkesan. Bagi pesakit yang kerap mengambil ubat atau dirawat melalui Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL), masalah boleh berulang selepas satu hingga dua tahun akan datang,” katanya.

ESWL adalah prosedur di mana pesakit perlu baring atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan dari sebuah mesin akan menembusi badan lalu memecahkan batu kepada ketulan kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya