Dunia sedang beransur pulih dari penangan Covid-19 yang memberi impak besar kepada kehidupan umat manusia. Walaupun masih berdepan dengan kesan pandemik dan inflasi, rata-rata pengguna bersikap positif bahawa ekonomi dunia akan bertambah baik. Namun, malang terus melanda dunia bila tercetus perang Russia Ukraine yang tidak dapat dipastikan bila akan berakhir. Ini sudah tentu melengahkan lagi proses pemulihan ekonomi dunia. Kesan serangan Russia terhadap Ukraine bukan sahaja memberi kesan kepada negara-negara…










