Isu buli merupakan antara permasalahan yang sudah cukup lama membelenggu masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan penghuni asrama. Ia sering berlaku kerana perasaan tidak puas hati mahupun ingin tunjuk hebat kepada rakan-rakan yang lain. Namun, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Nor Sayyidatina Che Rozubi berkata, daripada sudut psikologi individu yang terlibat sebagai pembuli mempunyai gangguan dari segi personaliti yang bersifat anti-sosial.…