Hamzah, 18 ahli Parlimen lain sokong pelantikan Samsuri

Hamzah, 18 ahli Parlimen lain sokong pelantikan Samsuri

HAMZAH Zainudin bersama para penyokongnya pada sidang akhbar perjumpaan dan pengumuman khas di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – MINGGUAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 19 orang ahli Parlimen yang tidak memihak kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka, pelantikan berkenaan menurut mereka merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi PN yang baharu, dan kami memberikan sokongan penuh untuk beliau memimpin gabungan ini.

“Sebagai Ahli Parlimen, kami terus menyokong PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya,” katanya.

Antara 19 ahli parlimen tersebut ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota).

Hari ini, PN sebulat suara bersetuju menamakan Ahmad Samsuri sebagai pengerusi baharu gabungan parti itu.

Kedudukan Ahmad Samsuri itu adalah bagi menggantikan Muhyiddin yang telah meletak jawatan sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN