Nur Ariysha fasih bertutur lima bahasa - Utusan Malaysia

Nur Ariysha fasih bertutur lima bahasa

Ariysha (tengah) bersama pelajar dewasa gembira menerima sijil sebaik sahaja tamat mengikuti kelas bahasa Mandarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dilahirkan dalam sebuah keluarga berdarah campuran ternyata memberikan kelebihan kepada Nur Ariysha Chong Amir Chong, 26 tahun apabila dia berupaya bertutur dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ariysha yang berasal dari Johor Bharu memberitahu ayahnya Amir Chong berbangsa Cina manakala ibunya Nazirah Marakar wanita Melayu berdarah campuran India.

Seawal usia tiga tahun lagi, beliau didedahkan ibu bapanya pertuturan bahasa Mandarin dan seterusnya mendapat pendidikan awal dalam aliran Cina. Sementara menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bekerja secara sambilan sebagai pembantu guru berperanan mengajar kelas tuisyen yang majoriti pelajarnya terdiri daripada berbangsa Cina di sebuah pusat tuisyen sekitar Johor selama 2 tahun.

“Situasi itu menyebabkan secara tidak langsung saya berkecimpung dalam dunia pendidikan seawal usia 15 tahun lagi.

“Saya suka mengajar dan berkongsi ilmu. Setiap kali menerima elaun, saya akan membelanjakan mengikut keperluan dan selebihnya disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Lebih daripada itu, itu janji saya kepada ibu bapa bila mahu bekerja sambil belajar,” katanya.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Ariysha bekerja di sebuah Pusat Pembelajaran Bahasa terkenal dengan mengajar anak-anak Melayu dalam subjek Bahasa Mandarin.

“Subjek ini ada masa depan sebab ia mula diterima baik daripada bangsa lain untuk dipelajari dan dipraktikkan,” katanya.

Jelasnya, masa di universiti lalu ramai juga rakannya berminat mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga. Namun berhadapan kekangan kekurangan pensyarah dan jumlah pengambilan pelajar dalam kelas berkenaan terhad.

“Masa belajar sambil ambil upah sebagai penterjemah. penterjemahan bagi mencari.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat di mana majikan berasal daripada China yang terkenal julukan negara Tembok Besar. Antara skop kerja saya berperanan menguruskan hal-hal perlesenan selain menjadi pembantu peribadi kepada pengurus besar syarikat terbabit,” katanya yang menambah pengalaman itu menjadikan dirinya semakin fasih.

KIAN SEBATI
Bidang pendidikan seakan sudah sebati dalam diri Ariysha. Lantas dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan setelah beberapa tahun berkhidmat.

Pengalaman sebagai pendidik sebelum ini mendorongnya membuka sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang diberikan nama Kids Paradise Care Centre yang terletak di Johor Bahru pada tahun 2018.

“Fokus utama untuk memberikan pendedahan awal pelajar seawal usia tiga tahun menguasai Bahasa Mandarin agar mereka lebih memahami dan berminat untuk meneruskan pembelajaran seterusnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC).

“Pelajar turut diajar subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan sebagainya. Untuk makluman, pusat ini satu satunya berkonsepkan Islamic Mandarin Playgroup di sini,” katanya.

Bahasa Mandarin miliki potensi daripada segi ekonomi.

Suatu kajian mendedahkan ia bahasa pengantaraan pertama dituturkan di seluruh dunia. Hampir 50 peratus pekerjaan yang ditawarkan oleh kebanyakkan majikan meletakkan kebolehan bertutur bahasa mandarin sebagai salah satu syarat kelayakan permohonan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini trend ibu bapa yang sebelum ini menghantar anak mereka ke sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SJKC) menaruh minat untuk mempelajari bahasa Mandarin secara tidak langsung bagi membantu anak mereka melakukan kerja sekolah di rumah. Atas permintaan ramai, saya membuka kelas bahasa mandarin untuk golongan dewasa,” katanya.

UNTUNG TAHU BAHASA
Mempelajari apa jua bahasa sekali pun tidak boleh dipaksa dan perlu disemai minat terlebih dahulu. Barulah akan timbul rasa keseronokan dan mudah difahami.

Walaupun pada mulanya bahasa itu mulanya agak sukar tetapi semakin ramai dikalangan pelajarnya non-chinese berkeyakinan untuk belajar malah ada yang meneruskan pembelajaran ke tahap yang advance.

Kata Ariysha, setiap pelajarnya tidak terkecuali diberikan pelbagai kuiz dan ujian untuk menentukan sejauh mana tahap kefahaman dan pengetahuan mereka.

“Melalui ujian penilaian yang diberikan terbukti 70 peratus pelajar dapat menguasai bahasa Mandarin dengan baik malahan ramai yang menggunakannya dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

Ariysha turut mengajar kelas tambahan secara atas talian untuk subjek bahasa mandarin, sains dan matematik untuk 85 pelajar pelbagai bangsa termasuk pelajar dari negara Vietnam yang bersekolah di SJKC di seluruh negara. Penerangan dibuat dalam dwi bahasa agar mereka lebih faham.

“Saya menggunakan kaedah silibus SJKC yang bersesuaian dengan alat bantuan mengajar seperti flash cards dan learning through play. Walau bagaimanapun ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru untuk membantu anak-anak menguasai bahasa mandarin apatah lagi sejak pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah ( PdPR ) mutu pencapaian pembelajaran anak-anak kian merosot,” katanya.

SUARA SUMBANG
Ada suara kurang apabila ada pihak tertentu membuat perbandingan. Arisya menjelaskan semua bahasa itu merupakan ciptaan Allah.

“Sebenarnya bahasa asing di anggap dakwah telah lama wujud sejak zaman Nabi dan mempelajarinya dapat menghindarkan segala tipu daya. Saya sendiri pun mempelajari bahasa Arab ketika zaman belajar,” katanya.

Berkongsi pengalamannya ketika berkunjung di negara China dan Taiwan, katanya budaya masyarakat China dan Taiwan sangat berbeza dengan Malaysia.

“Rakyat mereka memang mengutamakan bahasa ibunda dan mereka sukar mempelajari selain bahasa ibunda mereka sendiri.

“Seandainya kita bertutur dalam bahasa ibunda semasa jual beli, mereka dengan senang hati memberi harga runtuh kepada kita. Terdapat ramai rakyat di negara seperti Korea, Thailand dan Vietnam sudah menguasai bahasa Mandarin,” katanya.

KELUARGA INSPIRASI
Keluarganya merupakan sumber inspirasi buat Ariysha.

Surihati Azhar Amirrudin , 26 tahun ini berpandangan keluarga adalah tulang belakang dan banyak membantunya terutama dari segi pembukaan pusat pendidikan dan penyusunan dari segi jadual kelas yang diadakan.

“Saya pernah menolak tawaran gaji lumayan untuk bekerja di China kerana mahu memberi tumpuan pusat kendalian saya sebab keluarga,” katanya yang memiliki impian membuka sebuah hub centre berteraskan pendidikan Islamic Mandarin dari peringkat tadika sehingga ke sekolah menengah.

Anak sulung daripada empat beradik menggemari mencuba perkara yang baru ini adalah seorang yang extrovert dan sentiasa bersikap tegas.

Beliau sentiasa mengingatkan pelajarnya berkenaan tujuan sebenar mempelajari bahasa mandarin.

“Alah bisa tegal biasa” lama kelamaan akan merasa senang. Inilah yang saya selalu ingatkan kepada anak murid saya dalam belajar bahasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×