Merakam kilat secara interval atau trigger? - Utusan Malaysia

Merakam kilat secara interval atau trigger?

Merakam panahan kilat sesuatu genre fotografi menarik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merakam panahan kilat sesuatu genre fotografi menarik tetapi mendebarkan. Anggaplah ia sebagai fotografi landskap dengan sentuhan ajaib seperti Picasso dengan berusnya. Adalah penting untuk bersedia dengan peralatan dan pengetahuan anda tentang cara merakam gambar kilat apabila ada peluang.

Dengan mengetahui cara untuk mencapai output yang anda bayangkan, mungkin melalui satu pendedahan atau imej komposit, penyediaan dan penetapan adalah bahagian yang paling penting.

Kaedah Penangkapan Selang Waktu (Interval Shooting)
Satu cara menangkap seberapa banyak panahan kilat dengan berkesan ialah menetapkan kamera anda pada mod selang masa (interval) untuk terus menangkap dedahan berturut-turut secara automatik, jikalau tanpa menggunakan peranti jauh kamera.

Tetapkan masa pendedahan atau kelajuan pengatup yang anda inginkan pada peranti, tetapkan selang waktu anda kepada 0 saat dan tetapkan had kepada 9,999 untuk memastikan kamera tidak berhenti merakam.

Selalunya ribut petir tidak akan mengambil masa lebih lama daripada pendedahan 9,999 dan tidak ada cara untuk meramalkan dengan tepat berapa banyak pendedahan yang jadi anda boleh memberhentikan secara manual sahaja.

Kaedah Menggunakan Peranti MIOPS Smart+
Penggunaan alat peranti jauh kamera adalah untuk memudahkan lagi proses menangkap panahan kilat, daripada merakam beribu-ribu imej secara berturut-turut dan hanya merakam imej yang tiada sambaran petir.

Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan bilangan fail tidak diperlukan dan pada masa yang sama dapat menjimatkan bateri kamera dan kad memori anda. Ia juga boleh menetapkan peranti pada tahap sensitiviti yang anda inginkan pada jarak-jarak tertentu.

Pada pandangan peribadi saya melalui pengalaman merakam panahan kilat, kedua-dua kaedah ini ada baik dan buruknya. Saya lebih mudah menggunakan alat peranti pada masa siang dan selang waktu (interval) pada malam, ini hanyalah pilihan dan kesesuaian kepada seseorang jurufoto itu sendiri.

Setelah semuanya ditetapkan, letakkan kepercayaan anda pada gear dan peranti untuk melakukan yang lain.

Keseronokan adalah semasa menunggu kamera dan pengatup jauh anda melakukan tugas mereka, yang memberi anda peluang tepat untuk mengalami dan menghayati detik ini apabila fenomena alam sekitar berlaku betul-betul di hadapan anda. Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN