Harapkan pegar, pegar makan padi. Itu ungkapan paling sesuai ditujukan untuk para lelaki yang tanpa rasa bersalah sanggup memukul bahkan meragut nyawa pasangan sendiri. Buktinya, banyak kejadian-kejadian kes suami bunuh isteri yang tidak henti-henti dilaporkan di media ketika ini. Mekanik pukul isteri hingga mati pada malam Aidilfitri, Pegawai Eksekutif sebuah syarikat cari gali terkenal tikam isteri hingga maut dan kejadian suami menembak isteri yang berlaku di Johor dan kemudian membuang…