Zura atau nama sebenarnya Zuhurah Zaibidi memiliki kelulusan dalam jurusan kejuruteraan telekomunikasi. Namun setelah sembilan tahun bergelumang dengan dunia itu, dia mula mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji. “Saya bosan menjadi jurutera dan saya hendak cuba benda baru. Saya suka fesyen dan sebab itu saya mula menjahit dan mereka pakaian. Jenama Larney ini boleh dikatakan bermula di sebuah bilik di rumah saya yang terletak di Ampang. “Nama Larney saya…