Aidilfitri dinanti menjelma kini. Bagaimana dengan persiapannya? Pilih sederhana atau raya sakan?
SERI: Berapa bajet Raya?
Subjektif. Ia ditentukan kemampuan dan keselesaan individu.
Ada dalam kalangan pengguna memiliki bajet khas, ada juga tidak atau sekadar ‘bajet terkejut’. Perbelanjaan dalam amaun besar menuntut perancangan simpanan dalam tempoh 12 bulan, perbelanjaan sederhana (antara 4-6 bulan) manakala perbelanjaan kecil (antara 1-3 bulan). Berapa banyak diperuntukkan bergantung kepada item perbelanjaan.
Anggaran belanja keluarga kasar? (5 orang)
Pakaian = RM100-RM 150 seorang = RM500 – RM750.00 (sekeluarga)
Biskut raya = RM 100-150 (3-4 jenis)
Menu = RM 300
Duit raya = RM 300
Kenderaan (minyak/tol/penyelenggaraan) = RM200-RM300
Zakat fitrah = RM50.00
Kontigensi = RM300.00
Jumlah diperlukan = RM1,750 – RM2,150
Mi goreng ganti ketupat rendang. Komen?
Lihat perspektif lebih luas. Daripada segi kos, masa dan ketahanan memang jimat. Walaubagaimanapun, jika dilihat daripada perspektif adat resam, budaya dan amalan turun menurun, raya tidak lengkap tanpa ketupat rendang. Mi goreng hari biasa pun boleh makan. Jadi apa keistimewaannya? Juadah tradisional tetap jadi pilihan utama tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Keluarga Malaysia boros?
Data janio.asia sebuah syarikat jaringan logistik mendedahkan perbelanjaan Ramadan dan raya rakyat Malaysia secara dalam talian pada 2020 sebanyak RM18 billion.
Purata seorang belanja sebanyak RM900.
Kajian perbelanjaan musim perayaan saya lakukan pada 2017 mendapati lebih daripada satu perdua (55 peratus), berbelanja lebih sekali ganda berbanding belanja bulan biasa, manakala 22 peratus berbelanja lebih daripada dua kali ganda dan 5 peratus berbelanja lebih daripada tiga kali ganda berbanding perbelanjaan di bulan biasa (bukan musim perayaan).
Ini menggambarkan perbelanjaan di musim perayaan meningkat.
7 tips jimat belanja:
* Tahu sumber pendapatan.
* Asingkan perbelanjaan bulanan yang penting (bil utiliti, pinjaman, belaja sekolah anak).
* Beli barangan dalam kuantiti munasabah, bukan sebab free shipping, free gift, buy 1 get 1 free atau buy 1 get 2nd item 50%.
* Kurangkan lawat media sosial.
* Kuih buat sendiri. Beli yang memang nak makan sahaja.
* Jangan buat hutang baharu untuk beraya. Bukan semua benda kena beli baharu.
* Elakkan perbelanjaan last minute.










