MESKIPUN kewujudan kuih raya moden semakin banyak dengan pelbagai jenis pilihan di pasaran, namun kuih tradisional tetap jadi pilihan serta mendapat permintaan tinggi di Aidilfitri. Antaranya karas, loyang, rempeyek, bahulu dan kuih siput. Pembuat kuih dari Kampung Rambai, Padang Siding, Rosmah Dahaman, 53, berkata, sebanyak 500 bekas atau 15,750 biji kuih loyang atau lebih dikenali sebagai kuih goyang di sebelah utara dihasilkan tahun ini. Selain loyang jelas dia turut menghasilkan…









