NAMA penyanyi Iqwan Alif pernah menjadi perhatian khalayak. Begitu pun, tidak lama selepas single pertama Cemburu Buta pada 2016 keluar, namanya tenggelam dalam kehadiran pendatang baharu lain. Kini penyanyi yang berusia 26 itu tampil dengan single baharu berjudul Wow yang juga menjadi runut bunyi (OST) untuk drama bersiri Cinta Amnesia yang ditayangkan di saluran TV3 pada pertengahan Mac lalu. “Seperti baru semalam sahaja merakam lagu ini. Selepas mendengar demo lagu…










