Tidak lengkap berbuka jika tiada kuih atau manisan yang mengiringi juadah, bukan?
Apam adalah salah satu kuih yang paling mudah disediakan namun mempunyai rasa yang tidak kurang enaknya.
Apatah lagi jika diolah mengikut gaya dan selera terkini sudah tentu kecur air liur melihatnya.
Seperti resipi yang dikongsikan Nurul Ain Abdul Aziz, apam coklat keju leleh yang enak dengan gabungan rasa pahit coklat dan manis keju. Bolehlah cuba buat petang nanti.
Bahan-bahan Apam
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen Vanila
1 cawan tepung gandum
1/2 Serbuk koko
Bahan keju leleh
250gm keju krim
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping cream
1/3 cawan susu segar
Bahan lain
Parutan keju cheddar
Cara penyediaan:
Apam
1) Pukul telur, gula dan ovalette sehingga berwarna putih atau gebu
2) Kemudian masukkan esen vanila dan ayak tepung gandum ke dalam adunan.
3) Masukkan juga serbuk koko ke dalam adunan yang sama.
4) Sapu acuan apam dengan minyak dan masukkan adunan tepung tadi.
5) Kukus selama 10 minit dan ketepikan.
Keju
1) Putar keju krim, susu pekat, whipping cream dan susu segar sehinga kental dan pekat.
Cara hidangan
Keluarkan apam dari acuan
Letak krim keju yang telah disiapkan tadi ke dalam lubang
Akhir sekali, letakkan parutan keju cheddar di atas. Siap untuk dihidangkan.










