Aidilfitri, mask dan gincu - Utusan Malaysia

Aidilfitri, mask dan gincu

Kalau sakit, tangguhkan perjalanan. Jangan pentingkan diri sendiri sebab ada banyak kes yang penyebaran virus bermula dengan ketidak prihatinan terhadap status diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Alhamdulillah, bestnya raya tahun ni tak perlu pakai mask. Bolehlah cari gincu baru, maklumlah sebelum ini dua tahun tak bergincu. Nak ambil gambar pun cantik, tanpa mask,” kata Salmah.

“Tetapi bila tidak pakai mask, rasa lain macam pulakan. Sebelum ini muka rasa bebas jer tanpa bedak, gincu” sambut Mazni diikuti emoji ketawa.

Macam-macam rasa dan perasaan, sembang rakan-rakan di grup Whatsapp bila kerajaan baru-baru ini mengumumkan Malaysia melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dengan memansuhkan imbasan kod QR MySejahtera dan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat berbuka bermula esok.

Namun apa yang paling penting, bukan soal boleh atau tidak boleh pakai gincu, sebaliknya pengumuman itu sebagai meraikan kejayaan kita melawan Covid-19.

Rasa berbaloi sungguh bila kesabaran kita menjaga SOP, ambil vaksin dan dos penggalak, akhirnya menemui jalan kebahagian. Ada juga hasilnya. Merasa solat Aidilfitri seterusnya menikmati menu istimewa Syawal seperti rendang dan ketupat.

Siapa boleh lupa dua tahun beraya tanpa boleh merentas negeri?. Video call tak mungkin sama dengan berjumpa secara berdepan-depan.

Bagi saya dan mungkin ramai daripada kita, suasana dan bau kampung memang lain rasanya.

Syahdunya lain macam. Sebab itulah kesesakan berjam-jam dalam kenderaan, terhapus bila berjaya menjejakkan kaki ke kampung halaman.

Dalam kegembiraan itu, terselit rasa sedih mengingatkan ada ahli keluarga kita yang pergi akibat Covid-19. Namun semua itu sudah menjadi ketentuan Illahi.

Aidilfitri 2022 menjadi sesuatu yang paling ditunggu-tunggu. Kita akhirnya belajar mengenai erti kesabaran.

Sabar untuk tidak keluar rumah sesuka hati dan sabar dalam menjalani norma baharu yang melecehkan.

Ke mana-mana nak kena scan dahulu. Selalunya sebab tidak rajin nak scanlah kita lebih rela duduk di rumah. Kalau ada 10 kedai, 10 kedailah kita tujui itu nak kena imbas dulu. Hari ini kita lebih menghargai kebebasan.

Sungguhpun begitu sebagai individu kita perlu sentiasa beringat untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Jadikan kesihatan sebagai tanggungjawab.

Kalau sakit, tangguhkan perjalanan. Jangan pentingkan diri sendiri sebab ada banyak kes yang penyebaran virus bermula dengan ketidak prihatinan terhadap status diri.

Bagi yang ada kemampuan boleh sahaja menyewa di inap desa. Ia boleh juga mengelakkan kesesakan berkumpul dalam satu rumah pada satu masa.

Tak perlulah nak terasa tersisih, atau berjauh hati sebab itu semua demi keselamatan. Boleh juga memastikan aurat terjaga sewaktu balik berhari raya di Aidilfitri.

Dalam keterujaan itu jangan lupa menjaga bajet Raya. Selain merancang menu untuk ahli keluarga, ambil kira juga aspek penyimpanan makanan.

Bukan apa kadangkala kita memasak lebih sebab memikirkan ramai yang nak menjamu selera. Bila tak habis, penyudahnya akan berakhir ke dalam dustbin juga.

Salam Aidilfitri tulus dan ikhlas. Maaf lahir dan batin daripada kami di Seri.

———
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita,
Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya