Susu kambing bermanfaat untuk kesihatan sendi - Utusan Malaysia

Susu kambing bermanfaat untuk kesihatan sendi

Diperkenalkan sebagai suplemen alternatif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMALAN menjaga kesihatan semakin menjadi keutamaan dalam kehidupan. Ini kerana kesihatan yang baik mampu membekalkan tenaga dan membawa aura positif dalam kerja-kerja harian.

Kerana itu, Calift Gold diperkenalkan sebagai suplemen alternatif bagi membantu mengurangkan dan menyembuhkan masalah sendi dan lutut.

Melalui pengambilan secara teratur, produk ini dapat membantu mengurangkan bengkak pada sendi, menguatkan struktur tulang dan sendi, mengatasi masalah arthritis, mengurangkan kesakitan pada lutut, bertindak sebagai agen anti-radang serta membantu melancarkan pergerakan.

Produk berasas susu kambing yang memenangi anugerah The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022 pada Februari lalu semakin menjadi pilihan apabila syarikat berjaya
mendapat untung purata sebanyak RM5 juta pada tahun lalu.

Produk keluaran bumiputera ini memberi pilihan kepada mereka yang takut menggunakan produk berasaskan ubat-ubatan dan bahan kimia kerana produk ini diformulasi menggunakan 100 peratus bahan semulajadi seperti buah delima yang berfungsi untuk melawan radiakal bebas, mencegah serta memperlambat penyakit Alzheimer dan menjaga sistem penghadaman.

Sementara khasiat madu asli dapat mengurangkan keroskan sel di dalam otak, membantu mendapatkan tidur yang lebih baik, mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung.

Daun Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit, membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati. Khasiat buah kurma pula membekalkan sumber tenaga, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah dan mencegah perkembangan penyakit kronik.

Selain itu gam Arabika membantu menguatkan sistem imuniti, mengurangkan kolestrol dalam darah dan mempertingkatkan penapisan buah pinggang. Produk ini juga kaya dengan zat besi, potassium, kalsium, vitamin D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×