Sukan go-kart sudah tidak asing lagi bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar adrenalin lebih-lebih lagi ketika ia dipandu di atas trek bertar yang dibina di atas permukaan tanah. Namun berbeza di Bandar Cassia, Batu Kawan, dekat sini apabila peminat sukan tersebut berpeluang merasai kelainan memandu go-kart di atas bumbung bangunan setinggi enam tingkat sekali gus menjadikan ia yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang. Ketua Pemasaran Kart Hauz, Joshua…