MINAT menonton drama bersiri popular Korea, Winter Sonata yang jadi fenomena sekitar tahun 2000 mendorong pasangan suami isteri, Hassan Suray dan Siti Jazila Md. Ali membuka kios masakan Korea, Urban Fry. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berpengalaman kerja dalam sektor pembinaan, tidak menjadikan ia sebagai halangan meneroka segmen makanan dan minuman. Katanya, keputusan itu diambil sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu…