Sesi persekolahan yang baru sahaja bermula awal minggu ini menyaksikan pelbagai ragam anak-anak terutamanya bagi yang baru memasuki alam persekolahan. Ada yang menangis, gembira, malah ada juga yang baru hari pertama sudah mahu berhenti sekolah. Pegawai Psikologi, Ruslina Razali berkata, penting bagi ibu bapa menguruskan anak yang bersekolah dengan teliti supaya mereka dapat mengadaptasi perubahan fasa dalam kehidupan lebih cepat. Perkara pertama ialah menyediakan sarapan ringkas untuk anak meningkatkan fokus…