Inventing Anna, membongkar identiti Anna Delvey - Utusan Malaysia

Inventing Anna, membongkar identiti Anna Delvey

ANNA Delvey menunjukkan bangunan yang bakal dijadikan lokasi syarikat kepada rakan-rakannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA bagaikan diasak oleh teman sekeliling bila mana naskhah Inventing Anna ditayang menerusi layar penstriman digital Netflix.

Naskhah drama bersiri sembilan episod ini membongkar identiti seorang wanita, lakonan Julia Garner sebagai Anna Delvey, yang dipercayai telah melakukan jenayah dan didakwa atas beberapa kesalahan membabitkan wang yang besar.

Menariknya, naskhah tersebut merupakan kisah benar diadaptasi ke skrin. Tetapi ada beberapa babak yang sekadar ditambah untuk menjadikan cerita itu lebih menarik.

Permulaan plot bermula bila mana seorang wartawan majalah berdedikasi untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Bagi wartawan, lakonan Anna Chlumsky sebagai Vivian, kisah Anna mampu mendapat perhatian khalayak dan mempunyai nilai untuk didedahkan.

Pada masa sama, Vivian berdepan konflik bila mana ketua dan majikannya tidak bersetuju dan memberinya tugasan lain.

Vivian sebaliknya berdegil dan dalam diam membuat analisis dan berjumpa dengan sumber-sumber untuk menggali informasi lanjut mengenai Anna.

Setiap episod Inventing Anna ada konflik dan situasi agak tegang. Bahkan setiap pelakon dan watak mempunyai perwatakan tersendiri. Setiap pelakon amat menjiwaan watak.

Perwatakan yang kuat
Persamaan antara watak Anna dan Vivian yang dapat saya lihat adalah mereka mencerminkan keghairahan untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Pendek kata, Anna mahu menjadi seorang usahawan berjaya dan disegani, sementelah Vivian mahu berjaya sebagai seorang wartawan berintegriti.

Kekuatan pada perwatakan Anna ialah dia seorang yang degil tetapi tahu apa hala tujunya.

Anna juga seorang yang suka pada kemewahan. Dalam naskhah ini, anda dapat melihat bagaimana dia begitu menikmati kad kredit dan suka berbelanja.

Namun dia tidak lokek memberikan tip duit kepada pelayan.

Seterusnya, saya melihat bagaimana perwatakan Anna begitu mencabar. Dia dibesarkan dengan situasi yang memaksanya untuk menjadi seorang yang hati kering sehingga tiada satu pun dapat menghalang kehendak dan kemahuannya.

Hal itu termasuklah bapa Anna yang tidak berapa menggemari hala tujunya.

Manakala Vivian, seorang wartawan yang sebelum dia bekerja di organisasi percetakan majalah. Vivian berdepan dengan dakwaan yang telah menjatuhkan reputasi dan imejnya di organisasi sebelum ini.

Dia didakwa atas etika dan profesionalisma kewartawanan yang dikatakan memanipulasi cerita.

Tambahan pada watak Vivian, dalam tempoh dia perlu menyiapkan tugasan pilihannya itu, dia sarat hamil.

Saya puji pelakon itu, sebab dia mampu menggalas tiga perwatakan berbeza pada satu masa.

Selain wartawan, dia juga bakal ibu dan isteri.

Bayangkan tiga tanggungjawab untuk dilaksanakan pada masa yang sama? Tidak habis di situ sahaja, bahkan selepas bersalin. Beberapa hari selepas itu, Vivian masih terus tidak berdiam diri dan meneruskan modus operandi seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×