Gudang makanan negeri Selangor

Gudang makanan negeri Selangor

selangor
Pengunjung teruja apabila dibawa menaiki kenderaan yang ditarik menggunakan traktor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selangor Fruits Valley (SFV) terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya bukan sekadar tempat peranginan di hujung minggu mahu pun cuti umum.

Tanah berbukit seluas 1,000 itu juga boleh dianggap lembah subur gudang makanan untuk negeri Selangor.

Pelbagai jenis tanaman buah-buahan tropika seperti kelapa pandan, jambu, nangchem (nangka dikahwin dengan cempedak), mangga dan cempedak ada di sini.

Malahan buah anggur pelbagai varian boleh tumbuh subur dengan kaedah penanaman berbumbung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi, SFV diwujudkan pada 2003, bukan sahaja bertujuan menjadi tapak pertanian untuk makanan, sebaliknya sebagai agrotourism atau pelancongan pertanian.

Katanya, SFV mampu menjadi pembekal makanan dalam bentuk sayur-sayuran, buah-buahan jika berlaku masalah rantaian pemasaran yang meruncing.

“Dalam kawasan SFV kita membawa petani dan peladang yang berpotensi untuk mengusahakan sayur-sayuran seperti sawi, pak choy, bayam dan kangkung,” katanya ditemui di SFV di Rawang baru-baru ini.

Dr. Mohamad Khairil berkata, SFV sebagai lokasi agrotourism diharap mampu menjana ekonomi domestik khususnya dan negeri amnya.

SFV menyediakan segmen lawatan informatif untuk para pengunjung.

“Ramai hadir selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan menjadi PKP Bersyarat awal tahun ini,” katanya.

NAIK TRAKTOR

Katanya, pengunjung akan dibawa menaiki kenderaan, mendaki bukit dan menuruni denai sekitar SFV menggunakan traktor.

Antara kawasan tumpuan di SFV adalah Taman Herba yang menyediakan kawasan tanaman herba.

Kawasan lain ada di sini ialah kawasan ternakan haiwan seperti arnab, rusa dan landak.

Rusa yang jinak boleh dibelai dan diberi makan roti.

Mohamad Khairil berkata, rusa yang ada di situ sudah pasti memberi keceriaan kepada anak-anak kecil.

“Melihat dan memegang haiwan yang selama ini dilihat di dalam televisyen dan buku sudah pasti bukan pengalaman yang mudah dilupakan,” katanya.

Satu lagi tarikan yang tidak boleh dilepaskan adalah, melawat rumah klasik yang memaparkan tema rumah rakyat di negeri yang ada di Malaysia.

Mohamad Khairil memberitahu, di perkarangan rumah tersebut pengunjung boleh meminum air kelapa pandan sambil bersantai dan bergambar bersama keluarga.

“Jika ada yang berhajat untuk menoreh getah boleh mengambil peluang berbuat demikian di ladang getah di SFV,” katanya.

INFO:

» SFV mula dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
» Dibuka pada hari Isnin hingga Khamis.
» Tutup pada hari Jumaat.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya