Kata orang ujian dan dugaan ketika di alam pertunangan begitu besar. Darah tengah manis. Apabila jari tersarung cincing tunang, mulailah ternampak-nampak orang lain lebih hebat dan baik daripada tunang sendiri. Yang perempuan nampak lelaki lain lebih kaya dan tampan. Yang lelaki pula nampak perempuan lain lebih cantik, bergaya dan memahami. Kes putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang bukanlah pelik dalam kalangan masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik,…