BERSIKAP merendah diri dan terbuka menerima teguran serta bersedia belajar perkara baharu. Begitulah personaliti pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim. Bakat yang dicungkil menerusi pembabitan program Lawak Solo 2016, ternyata membuka lembaran rezeki untuk dia terjun ke bidang hiburan tempatan. Selain bergelar pelawak dan pelakon, anak jati kelahiran Kedah ini juga turut mengembangkan bakatnya sebagai seorang pengacara. Dalam tempoh hanya tujuh tahun Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim sudah…










