Ayam Pandan harum semerbak - Utusan Malaysia

Ayam Pandan harum semerbak

Ayam pandan harum semerbak membangkitkan rasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beberapa hari sahaja lagi berbaki sebelum memasuki Ramadan. Mesti ramai ibu-ibu sudah mula tercari-cari menu berbuka dan bersahur sepanjang sebulan berpuasa.

Sudah tentu, juadah berbuka puasa antara yang paling ditunggu-tunggu kerana ia mesti sedikit istimewa berbanding hari-hari biasa.

Minggu ini Seri kongsikan menu menarik, Ayam Pandan yang enak tetapi ringkas oleh Naha Md. Salleh dari The Cook Wife.

Rasa ayam berempah dibaluti helaian daun pandan membangkitkan aroma dan rasa ayam yang lebih lazat. Jom cuba!

Bahan utama:

• Dada atau peha ayam
• Daun pandan

Bahan perapan (kisar halus)

• 1 batang serai
• 1 biji bawang besar
• 3 biji bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas
• Kicap manis
• Sos tiram
• Sos ikan
• Gula melaka
• Gula pasir
• Garam

Cara penyediaan:

1) Kisar halus bahan perapan.
2) Kalau guna peha ayam buang semua tulang supaya senang dibalut dengan daun pandan.
3) Gaul sebati bahan perapan bersama ayam. Perap selama sejam atau lebih (lagi lama lagi sedap).
4) Balut ayam dengan daun pandan dalam bentuk segitiga atau ikut kepakaran masing-masing.
5) Gorengkan ayam sehingga masak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN