Antologi puisi sempena jubli emas rukun negara - Utusan Malaysia

Antologi puisi sempena jubli emas rukun negara

Buku Citra Kebenaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Antologi puisi berjudul Citra Kebenaran bertemakan Rukun Negara sempena Jubli Emas 50 tahun kelahiran rukun tersebut perlu dimiliki semua generasi khususnya orang muda pewaris negara.

Buku itu ditulis bekas wartawan Utusan Melayu Nazri Nong Samah.

Naskhah berkenaan boleh menjadi wadah penghayatan semula prinsip tiang seri negara dan memekarkan lagi semangat cintakan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ramai pihak terlalu sibuk dengan kemelut politik tanah air dan bersembang kosong, tetapi karyawan Warung Buku Johor ini mengambil pendekatan berbeza yang menjurus kepada pembinaan semangat patriotik negara bangsa.

Naskhah ini memuatkan 142 buah karya daripada 91 orang penulis, dengan pecahannya, iaitu 34 buah dalam Segmen Penulis Tamu, 96 buah dalam Segmen Karya Penulis, dan 12 buah anekdot.

Antara pengkarya terbabit dalam antologi berkenaan ialah, Dr. Aripin Said, A. Ghani Abdullah, Siso Kopratasa dan ramai lagi.

Buku keluaran tahun 2021 ini, adalah terbitan bersama Karyawan Ledang dan Warung Buku dan Komuniti Buku Karya Johor.

Rukun Negara dilancarkan Yang di Pertuan Agong Sultan Ismail Nasiruddin Shah , Terengganu selepas peristiwa hitam negara 13 Mei 1969.

Wadah ilmu ini disifatkan sebagai sangat menepati bagi mengisi kelompangan jiwa patriotik sebahagian rakyat yang terleka dengan cabaran ekonomi, musibah dan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Aripin Said dalam kata pengantar naskhah itu berkata, buku itu adalah pemerhatian dan kepekaan penulis yang digarap dalam melahirkan karya-karya mereka bagi menyatakan kebimbangan mengenai lunturnya penghayatan lima teras Rukun Negara.

Beliau yang juga Tokoh Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa berkata, penyair masa silam merakam, malah meniupkan api semangat kebangsaan menerusi sajak-sajak ciptaan mereka.

“Penyair ada saham tersendiri dalam memajukan atau membangunkan negara,” katanya.

Dua karya beliau dimuatkan dalam antologi itu iaitu Sekali Merengkuh Dayung dan Citra Kebenaran yang turut terpilih menjadi judul antologi ini.

Sajak itu adalah manifestasi semangat patriotik yang mengajak semua generasi mempertahan dan memperkukuhkan lima prinsip Rukun Negara, membabitkan aspek kehidupan rakyat bernegara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini