A Spoonful of Pain sarat emosi, rawat duka - Utusan Malaysia

A Spoonful of Pain sarat emosi, rawat duka

Dr. Ashmiza Mahamed Ismail (kanan) pada Bicara Karya anjuran Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP manusia tidak terlepas daripada menderita kesedihan apabila kehilangan insan tersayang yang pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersedih dan menangis ketika berhadapan detik kehilangan anak tercinta iaitu Ibrahim AS.

Rasa sedih itu turut dirasai Pensyarah Kanan Business School di Universiti Manchester Metropolitan, United Kingdom (UK), Dr. Ashmiza Mahamed Ismail yang kembali bangkit, mengubat jiwa dan memberi inspirasi kepada yang lain tentang erti sebuah kehilangan dalam naskhah, A Spoonful of Pain.

Buku motivasi sarat emosi dan teori ini didedikasi untuk adik beliau iaitu Cef Selebriti, allahyarham Muhammad Adam.

Ashmiza yang lebih dikenali sebagai Dr. Auntie UK, berkata dia tidak pernah merancang untuk menerbitkan penulisan dalam bentuk buku tetapi selepas Muhammad Adam meninggal dunia, kehidupannya menjadi tonggang terbalik kerana begitu terasa dengan kehilangan.

“Perangai, cara berfikir dan tindakan kami berdua sama dan itulah juga yang menyebabkan kami sangat rapat. Adam pernah menyifatkan saya sebagai kembarnya, berikutan persamaan itu.

“Jadi, untuk membantu memenuhi hari-hari yang mendukacitakan, saya luahkan dalam penulisan jurnal kerana ia dapat menyembuhkan emosi. Kemudian saya manfaatkan penulisan itu dalam bentuk buku motivasi,” katanya pada Bicara Karya anjuran Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini.

PENULISAN UBAT RINDU
Sebelum membuat keputusan untuk menukar penulisan jurnal kepada sebuah buku, Ashmiza membuat kajian terperinci mengenai grief bagi menyesuaikan dengan pegangan agama dan masyarakat.

“Penulisan peribadi inilah yang menjadi mengubat rindu dan duka hati terhadap Adam. Proses ini berterusan sehingga saya membuat keputusan untuk transform jurnal menjadi sebuah buku.

“Bermula daripada situ, saya mulakan kajian. Saya dapati dalam kalangan masyarakat kita belum ada buku yang menyentuh topik begitu sensitif seperti grief.

“Buku berkisarkan teori saintifik berkaitan grief memang ada tetapi tiada buku autobiografi yang menceritakan kisah peribadi individu daripada mula hingga akhir, bertujuan memberi kesan mengenai grief atau grieving. Masyarakat kita umumnya tidak begitu terbuka untuk membincangkan atau mengetengahkan perkongsian topik sebegini dalam bentuk begitu peribadi dan hanya menulis atau meletakkan secara formal,” katanya.

Buku ini dipecahkan mengikut empat bahagian:
My Pain menggambarkan isi hati dan perasaan Ashmiza sewaktu melihat Muhammad Adam menghembuskan nafas terakhir dan gambaran emosi pada hari-hari seterusnya yang dilalui selepas kehilangan.

My Healing mengetengahkan fakta menarik berkait grief seperti perbezaan kematian yang dijangka (sakit berpanjangan) atau kematian mengejut.

My Faith mengaitkan grief dengan Islam. Antaranya olahan kisah nabi dan Rasul serta ayat al-Quran yang menyentuh isu-isu kesedihan.

My Supplication menghimpunkan doa-doa yang boleh diamalkan seperti mengelakkan kesedihan dan ketika ditimpa bala bencana.

Beliau turut berkongsi koleksi puisi yang ditulis khusus untuk Muhammad Adam.

Penulis mahu mengetengahkan bahawa Grief bukan bererti seseorang itu tidak reda atau mempersoalkan ketentuan Allah. Sebaliknya bermaksud akur dan menerima hakikat yang kita sebagai seorang manusia yang lemah.

Maka bersedih di atas kematian insan tersayang kadang-kala menjadi kesedihan berpanjangan.

Itu yang dibincangkan dalam buku A Spoonful of Pain. Buku ini boleh didapati di Instagram @drauntie.uk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×