Syaza buat duit di media sosial - Utusan Malaysia

Syaza buat duit di media sosial

Syazaa Yusof di akaun @syazaayusof ini, memiliki seramai 843,000 pengikut di Instagram, YouTube (201,000) dan TikTok (479,500).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Syazaa Yusof mahu dikenali sebagai content creator atau ikon fesyen.Media sosial melahirkan ramai instafamous, influencer atau pempengaruh di seluruh dunia termasuk Malaysia. Nur Syaza Syahirah Md. Yusof atau dikenali sebagai syazaayusof adalah salah seorang daripadanya. Gadis berusia 23 tahun berasal dari Melaka ini mula memuat naik post atau siaran pertama di Instagram pada 2017.
Bahan dimuat naik di media sosial nyata membantunya menjadi popular.
Empunya diri di akaun @syazaayusof ini, memiliki seramai 843,000 pengikut di Instagram, YouTube (201,000) dan TikTok (479,500).

Menarik mengenai diri anda?
Saya meminati fesyen dan suka menyimpan duit malah saya juga suka melancong. Saya mencari duit dengan menghasilkan konten di sosial media.Bila gaji masuk, saya simpan 50 peratus. Hingga kini saya sudah pergi lebih dari 20 tempat di luar negara dengan duit simpanan saya sendiri.
Begitupun sebenarnya saya seorang yang pendiam dan pemalu. Tapi sejak menjadi content creator perlahan-lahan saya membuang perasaan tersebut dan belajar untuk menonjolkan diri.

Sejak bila berkongsi di media sosial? Kenapa?
Saya main Instagram ketika berumur 15 tahun dan ramai followers ketika usia 17 tahun. Media sosial ini banyak kebaikan yang mana kita boleh berkongsi pendapat, pengalaman dan macam-macam lagi. Paling saya suka adalah dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan dan fesyen saya.

Identiti, dan anda mahu dikenali sebagai apa?
Saya seorang yang sangat meminati fesyen dan suka membahagiakan keluarga saya. Bagi saya cukuplah orang ramai mengenali saya sebagai content creator atau pun ikon fesyen. Fesyen yang saya suka adalah gaya streetwear, vintage dan kasual.

Bagaimana peranan anda membantu keluarga Malaysia jadi lebih baik?
Bagi saya apa yang boleh individu seperti saya lakukan adalah dengan menjadi insan yang positif.
Saya juga dapat membantu keluarga saya dengan hasil pendapatan daripada media sosial seperti YouTube dan Instagram. Soal pendapatan pula, saya boleh katakan cukuplah untuk saya membantu keluarga dan menggembirakan mereka. Saya ingat lagi kali pertama membuat paid review, saya cuma dapat satu slot RM20 sahaja.

Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak menjadi influencer?
Pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan adalah dapat beberapa kali melancong secara percuma dan ditaja oleh syarikat pelancongan.

Tips menambah pengikut?
Rajin menghasilkan konten. Setiap hari saya struggle untuk memikirkan idea untuk konten. Saya suka buat konten seperti mekap, pakaian dan Tik Tok trending.
Dalam seminggu saya akan buat empat atau lima posting.

Impian dan harapan?
Saya mahu membuka bisnes jenama sendiri dan bekerja keras untuk membawa keluarga melancong ke merata tempat. Mungkin saya akan buka bisnes minuman sendiri atau produk penjagaan kulit. Setakat ini saya buat bisnes pakaian di media sosial iaitu @syaza.clo.

Idola diri?
Ibu bapa saya iaitu Md. Yusof Rahman dan Norhayati Nasir. Mereka berdua berkerja keras dengan mengusahakan sekolah memandu.

Setuju atau tidak instafamous membantu pembangunan masyarakat?
Ya saya bersetuju kerana instafamous dapat mewujudkan kesedaran dan ada hak bersuara di media sosial.
Cara kami mewujudkan kesedaran adalah dengan cara membuat posting di media sosial bagi menyuarakan pendapat kami sebagai anak muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×