RM20 ubah jam biasa jadi luar biasa

RM20 ubah jam biasa jadi luar biasa

Sedikit kreativiti boleh ubah jam biasa kepada luar biasa dan mewah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jam dinding kini bukan dilihat sebagai satu keperluan sahaja dalam sesebuah kediaman, malah ia memiliki fungsi lebih daripada itu.

Antaranya ialah menjadi salah satu elemen dekorasi pada dinding yang akan memberikan seri pada sesuatu ruangan.

Yang cantik kebiasaannya agak mahal terutamanya jika yang mempunyai reka bentuk mewah.

Namun, dengan sedikit kreativiti sahaja jam biasa pun boleh ditransformasi menjadi mewah.

Ikuti perkongsian Fatin Hamzah yang hanya membelanjakan RM20 untuk menghasilkan alat penentu masa itu cantik untuk hiasan dinding.

Bahan-bahan

  • 6 keping daun warna keemasan dari kedai Eco
  • 1 keping pelapik alas makanan warna keemasan
  • 6 batang lidi buluh
  • Jam dinding
  • Gelung kipas terpakai
  • Cat sembur warna keemasan
    Gam

Kaedah penghasilan
1. Cantumkan lidi buluh sebanyak tiga batang menggunakan pita pelekat. Buat kepada dua bahagian iaitu tiga di atas dan tiga di bawah.

2. Gamkan lidi buloh secara melintang di atas gelung kipas. Satu di atas dan satu bawah ikut besar saiz jam.

3. Selepas itu gamkan daun-daun emas mengikut kreativiti.

4. Jika dah puas hati dengan susunan daun-daun barulah gamkan jam diatas lidi buluh dan gelung kipas.

5. Tutup cermin dengan kertas supaya tidak kena cat sembur.

6. Akhir sekali baru sembur cat pada jam, gelung kipas dan lidi buluh dengan cat penyembur warna keemasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×