Pemindahan buah pinggang adalah rawatan terbaik bagi kebanyakan pesakit yang buah pinggang mereka telah rosak. Walaupun rawatan dialisis (sama ada hemodialisis atau dialisis peritoneal) adalah rawatan terbaik dalam membolehkan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang meneruskan hidup dengan tahap kesihatan yang agak memuaskan, ia tetap mempunyai had-had tertentu. Salah satu daripadanya adalah komplikasi kesihatan jangka panjang. Walaupun dialisis berkesan untuk menyingkirkan sisa buangan dan cecair berlebihan dari darah, ia bukanlah…










