Ku Kira Kau Rumah, naskhah angkat isu kesihatan mental

Ku Kira Kau Rumah, naskhah angkat isu kesihatan mental

PRAM (kanan) dan Niskala serasi bukan sahaja dalam lakonan tetapi ketika dalam nyanyian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK minggu lalu, majoriti remaja tempatan sepakat mahukan filem Ku Kira Kau Rumah ditayangkan di Malaysia.

Mendengarkan permintaan itu, TGV dan GSC membuka tirai untuk khalayak hadir menyaksikan sendiri naskhah tersebut Rabu lalu di pawagam mereka.

Mengimbas desakan anak-anak muda di media sosial mendesak agar naskhah itu ditayangkan, saya terpanggil untuk turut menyaksikan sendiri. Bahkan sebelum menonton, banyak ulasan daripada mereka yang sudah menonton, pelbagai versi.

Ini versi saya, satu kata dalam merumus apa yang dikarang, saya begitu terkilan! Mana tidaknya, harapan saya agak menggunung. Jangkaan saya berkemungkinan naskhah itu mampu membekas di hati, rupanya berbisa.

Bisa yang saya maksudkan itu di mana ada babak yang berupaya menyentak emosi kesedihan penonton. Saya percaya majoriti sudah terbawa dalam naratif itu. Tetapi, babak membabitkan suatu pembunuhan yang dianggap sebagai tunjang cerita di potong!

Justeru, bila babak yang begitu penting dipotong, apalah ertinya keseluruhan cerita? Cacat bukan? Tambahan pula, di pengakhiran cerita ini ibarat mati lampu! Hampir lumpuh penonton dibuatnya! Pendek kata akan ada sekuel seterusnya.

Dalam istilah perfileman dan drama, mati lampu atau gantung ialah cliff-hanger. Tapi tergamak buat penonton berasakan sedemikian rupa.

Ternyata perkara-perkara seperti baik atau buruk, Ku Kira Kau Rumah berjaya disebut-sebut sehingga menjadi sohor kini.

Sebagai informasi, filem ini merupakan debut pelakon utama Prilly sebagai penerbit di samping rakan baiknya, Umay Shahab sebagai pengarah.

Terlampau melindungi

Secara ringkasnya Ku Kira Kau Rumah berkisarkan seorang perempuan lakonan Prilly Latuconsina sebagai Niskala yang menghidap penyakit kesihatan mental, bipolar.

Dalam episod dirinya bertarung dengan bipolar, ibu bapanya memantau rapat untuk memastikan Niskala makan ubat. Bapanya, boleh dikatakan ibarat mengurung Niskala di rumah dari bebas sebagai remaja biasa. Bimbang kalau tiba-tiba sahaja bipolarnya aktif.

Dipendekkan cerita, Niskala bertemu dan berkenalan dengan seorang jejaka bernama Pram lakonan Jourdy Pranata. Perkenalan antara mereka, membuatkan Niskala daripada seorang yang cepat melenting menjadi seorang yang lembut dan periang.

Begitu pun, segalanya berubah apabila Niskala ditebak dengan soalan bertubi-tubi oleh kawan baiknya kerana risau perkenalan dengan Pram membuatkan dirinya tidak terjaga.

Pengajaran dalam filem ini, bagi saya, keluarga dan sahabat sendiri tidak begitu kenal apa sebenarnya yang dirasakan dan kemahuan Niskala sebenar-benarnya. Masing-masing egois untuk kebaikan Niskala tetapi terlampau melindungi.

Seperkara lain lagi, saya geram! Pram mengambil iktibar dalam perhubungan ibu bapanya. Sepatutnya orang yang kita sayang jangan sekali kita tinggalkan, tapi apa yang Pram lakukan sebaliknya!
Tak sabar pula nak tonton sekuel seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN