Kek pisang coklat marble dua rasa - Utusan Malaysia

Kek pisang coklat marble dua rasa

Kek pisang coklat marble dua rasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Inovasi kek pisang coklat memang tidak lagi asing dalam kalangan peminat manisan berkenaan. Bukan sahaja enak dijadikan juadah minum petang, malah ia juga boleh dijadikan sebagai bingkisan.

Kali ini, Seri kongsikan tips penyediaan adunan kek pisang coklat marble yang sedikit berbeza untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Resipi perkongsian daripada Julia Kamaruddin mengasingkan adunan pisang dan koko untuk menghasilkan variasi rasa pisang dan coklat yang lebih kuat. Selamat mencuba.

Kek pisang coklat marble dua rasa
Bahan-bahan

3 biji pisang berangan
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
2 sudu serbuk koko
1 sudu serbuk penaik
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
1/2 sudu garam

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang dan ketepikan.

2. Satukan bahan basah seperti gula , minyak , telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

3. Kemudian satukan bahan kering seperti tepung gandum, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat, kacau rata hingga sebati.

4. Campurkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah, gaul hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampur dengan pisang dan gaulkan rata. Satu bahagian dicampur serbuk koko dan gaul rata.

6. Sediakan loyang. Masukkan adunan separuh pisang dan ratakan di dalam loyang. Kemudian masukkan adunan koko. Buat berselang seli hingga habis adunan.

7. Di bahagian atas permukaan kek, lorekkan corak marble menggunakan lidi.

8. Kemudian ambil sebiji pisang yang dibelah tiga memanjang dan susun di atas permukaan kek sebagai hiasan.

9. Panaskan ketuhar selama 10 minit dengan suhu 180 celcius. Setelah oven panas, baru masukkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah sehingga masak.

10.Biarkan dalam oven sehingga kek sejuk untuk menggelakkan kek jadi mendap. Setelah sejuk baru dipotong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×