KESANGGUPAN remaja perempuan menawarkan kehormatan dirinya demi membantu keluarga yang tular baru-baru ini, adalah keterlaluan. Pakar Kaunseling, Keluarga dan Wanita, Dr. Raba’Aton Adawiah@Robiah Mohd. Yusof berkata, ahli keluarga dan pihak sekolah sewajarnya mendekati pelajar berkenaan, bukannya menyisih ataupun memberikan respon negatif terhadap tindakan dilakukan itu. Katanya, marah mungkin merupakan tindakan spontan ibu bapa lebih-lebih lagi tindakan ini menyalahi agama dan norma budaya kita tetapi ia tidak ke mana. “Dekati mereka…