Hampir semua bangsa di dunia mempunyai kepercayaan tersendiri dalam setiap aspek kehidupan mereka. Kepercayaan ini adakalanya berasas tetapi lebih banyak berasaskan andaian yang dikira khurafat semata-mata. Pelbagai kepercayaan karut-marut kadang-kala boleh menyebabkan perpecahan di kalangan ahli keluarga dan membawa permusuhan dalam masyarakat. Malah adakalanya boleh menyebabkan kematian. Sebagai contoh, ada kaum yang menganggap wanita yang didatangi haid membawa nasib buruk dan perlu diasingkan dari kaum keluarga. Wanita yang didatangi haid…










