Kekangan bersemuka sepanjang Covid-19 mewujudkan jurang perhubungan dan komunikasi yang kurang berkesan dalam kalangan organisasi. Dalam usaha merapatkan jurang itu, program pembinaan pasukan dilihat menjadi medium terbaik menghapuskan kekangan terbentuk akibat pandemik. Baru-baru ini, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Program Pembinaan Pasukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program memulihkan semangat bekerja secara berpasukan itu…