Qatar beri jaminan dapat tangani serangan Iran - Utusan Malaysia

Qatar beri jaminan dapat tangani serangan Iran

qatar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Qatar memberi jaminan keadaan keselamatan di negara itu masih terkawal kerana Angkatan Tentera Qatar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha memaklumkan, keupayaan tentera Qatar turut terbukti apabila berjaya menangkis hampir semua serangan selain meminimumkan kerosakan dan kecederaan.

Menurut kenyataan kedutaan itu, kerajaan Qatar turut menegaskan orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana angkatan tenteranya mampu mengawal sebarang ancaman.

“Pihak Kerajaan Qatar telah memaklumkan bahawa rakyat tidak perlu khuatir kerana Angkatan Tentera Qatar sentiasa siap siaga dan mampu untuk mempertahankan negara Qatar,” kata kenyataan itu.

Notis berkenaan dikeluarkan sebagai kemas kini keadaan semasa di Qatar susulan amaran terbaharu yang dikeluarkan oleh Iran kepada negara-negara di rantau Teluk.

Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan agar terus berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mereka juga diminta mengelakkan berada di luar bangunan serta kawasan berisiko dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa di persekitaran.

“Sekiranya diarahkan untuk berpindah atau memerlukan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Doha melalui talian +974 3374 6733 yang beroperasi 24 jam atau e-mel ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN